HETTY ISA D20102045227: CONTOH RPH PENGAJARAN SAINS MELALUI PENDEKATAN INKUIRI PENEMUAN

HETTY ISA

HETTY ISA
D20102045227

Monday 12 December 2011

CONTOH RPH PENGAJARAN SAINS MELALUI PENDEKATAN INKUIRI PENEMUAN


Tema : Menyiasat Alam Bahan
Tajuk : Sifat-sifat Bahan
Sub Topik : Sifat Bahan
Tempoh : 60 minit
Tahun : 4
Objektif Pembelajaran : Memahami sifat-sifat bahan
Hasil Pembelajaran : Pada akhir P&P, para pelajar akan dapat;
· Mengenalpasti bahan konduktor/penebat elektrik
Pendekatan/ Kaedah/ Strategi : - Pendekatan - Inkuri – penemuan
- Strategi – Mengeksperimen dan Perbincangan
Fasa
(Masa)
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran & pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Mengapa terdapat jenis bahan dalam satu alat elektrik
Jenis aktiviti : Bercerita
- Guru menceritakan tentang pengalaman terkena kejutan elektrik yang kecil.
- Bersoal jawab tentang pengalaman sedia ada murid.
Kemahiran saintifik:
Komunikasi
Nilai murni :
Berhati-hati
Meramal
Idea
(10 minit)
Mengenalpasti objek konduktor dan penebat elektrik.
1. Mengedarkan pelbagai jenis objek kepada murid,
Seperti paku, kertas buku, pensil kayu, pembaris plastik, karbon pensil, duit syiling 10 sen, sudu plastik, getah pemadam dan rod kaca.
2. Murid mengelaskan bahan kepada 2 kumpulan konduktor dan penebat elektrik.
Kemahiran saintifik:
Meramal,
Mengelas
Nilai murni :
Kerjasama,
berani
Pemerhatian
(25 minit)
Mengeksperimen bahan yang diberi dalam litar elektrik.
1. Murid membina litar lengkap.
2. Murid menyambungkan objek yang diberi dalam satu litar yang lengkap.
3. Murid membuat pemerhatian tentang nyalaan mentol bagi setiap objek yang disambung dalam litar lengkap.
4. Murid merekodkan hasil pemerhatian dalam borang yang diberi.
Kemahiran saintifik:
Mengeksperimen,
Pemerhatian
Nilai Murni :
Berkerjasama
Jujur
Penjelasan
(15 minit)
- Bahan konduktor
(pengalir elektrik)
- Bahan penebat
(bukan pengalir elektrik)
1. Guru meminta setiap kumpulan murid membentangkan hasil keputusan eksperimen.
2. Setiap kumpulan murid memberikan kesimpulan berdasarkan hasil eksperimen masing-masing. ( Aras tinggi)
3. Guru mengukuhkan hasil dan memberi takrifan konduktor elektrik dan penebat elektrik.
Refleksi
(5 minit)
Senarai bahan konduktor dan penebat elektrik
1.Murid membuat peta minda.
i)Bahan konduktor
ii)Bahan penebat
2.(Lampiran kerja disediakan)




Lampiran 1
Standarad Kandungan: 5.1 Memahami sifat-sifat bahan.
Standard Pembelajaran: 5.1.3 Mengenalpasti konduktor dan penebat
Tandakan ( / ) bagi objek yang dapat menyalakan mentol.
OBJEK
KEADAAN MENTOL SELEPAS DISAMBUNGKAN OBJEK
MENYALA
TIDAK MENYALA
Getah Pemadam
Pensil kayu
Pembaris plastic
Karbon pensil
Duit Syiling 10 sen
Sudu plastic
Rod Kaca
Paku
Kertas buku

No comments:

Post a Comment